• Share on Facebook
  • Tweet
  • Copy URL
  • Post to Tumblr
May 10, 4:41 pm

Pena yang lebih tajam daripada sebilah pedang


Peribahasa ini cukup terkenal yang timbul persoalan bagaimana ia boleh berlaku? Tidak seperti pedang, pena tidak boleh digunakan untuk mempertahankan diri. Jawapannya terletak pada hakikat bahawa tulisan yang tertulis melalui pena menyimpan nilai prestij sejarah, mengajar kita untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Sejarah lampau dipenuhi dengan peperangan dan kemusnahan yang disebabkan oleh perjuangan melaui mata, tetapi mata pena yang dipegang oleh penulisnya boleh mendidik dan menceritakan kepada kita tentang peristiwa yang telah berlaku dimasa lalu. Sejarah memang kaya dengan kisah dan teladan, ia ditulis dan disimpan dan sumbangan besar kepada pembangunan manusia. Kemenangan yang diraih melalui peperangan cuma bersifat sementara tetapi tulisan-tulisan, walaupun berabad-abad lamanya masih terus memberi inspirasi dan kesedaran di kalangan orang ramai.

Tulisan melalui pena boleh sampai ke lubuk hati manusia. Pena juga boleh memenangi cinta, memberi keberanian, dan meraih perhatian orang ramai, tidak sepertimana pedang yang hanya menakluki melalui kekerasan, menimbulkan ketakutan dan kebencian.

Kata-kata yang tertulis melalui pena berupaya sampai ke pelusuk dunia, tiada sempadan dan boleh memberi inspirasi dari sekecil-kecil minda hingga kepada para sarjana. Ia menaikkan suara rakyat menentang ketidakadilan dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menentang kezaliman pihak berkuasa.

Sastera banyak membantu dalam membina watak manusia. Ilmu yang ditulis dengan pena itu tidak ternilai. Andai dunia ini masih diperintah dengan pedang, tanpa pena belum pasti kita akan mengecapi keamanan sebegini.

Pena lah yang menceritakan kesukaran, kekerasan dan kehancuran yang dilakukan melalui peperangan. Para penyair, penulis, dan ulama melalui pena terus mengobarkan semangat supaya kita mempertahankan negara sendiri.

Peperangan dilancarkan dengan pedang telah dihentikan melalui perjanjian damai yang ditulis dan ditandatangani oleh pena. Pedang hanya berguna dalam peperangan tetapi kita semua tahu bahawa selepas peperangan tamat, pena lah yang akan terus berbakti dalam mendidik manusia supaya terus membawa perubahan dalam masyarakat. Pena membantu manusia untuk terus berkembang, menyimpan idea-idea dan apa sahaja yang diyakini benar dan salah.

Penulisan akan sentiasa menjadi alat yang lebih berkuasa daripada keganasan yang dicipta oleh sebilah pedang. Oleh itu, pena itu akan sentiasa lebih 'kuat' daripada sebilah pedang.



© STSB